PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI PERAK 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada ibubapa atau pelajar yang bakal menjejakkan kaki ke sekolah menengah dan berminat untuk menyambung pelajaran di sekolah menengah agama negeri Perak, untuk makluman semua, borang permohonan secara online boleh mula didapatkan setelah keputusan UPSR 2015 diumumkan.

Jadi sementara menantikan keputusan UPSR diumumkan, buat pelajar-pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran di sekolah menengah agama negeri Perak, bolehlah membuat persediaan untuk menghadapi ujian tapisan sebelum ditawarkan tempat di sekolah-sekolah yang terpilih seperti Sekolah Izuddin Shah, Sekolah Raja Perempuan Taayah, Sekolah Agama Raja Dr. Nazrin Shah atau Sekolah-sekolah Tahfiz negeri Perak.
Antara syarat utama pemilihan adalah seperti berikut;
  • Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 3A 2B dalam peperiksaan UPSR 2015.

  • Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 5A 3B dalam peperiksaan UPKK 2014.

  • Menduduki peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam Negeri Perak (SRAI) 2015. 
 
Calon-calon yang layak dan memenuhi syarat akan dipanggil untuk menduduki ujian khas tilawah dan hafazan Al-Quran secara lisan sebelum ditawarkan tempat di sekolah-sekolah terpilih.

Semoga berjaya dalam UPSR 2015 dan berjaya terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah yang dipilih.





 

Previous
Next Post »