PROGRAM MOTIVASI MENUJU KECEMERLANGAN 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, insyaALLAH kami di SRAR Sungai Rokam akan mengadakan satu program motivasi kepada pelajar-pelajar calon UPKK, SRAI dan UPSR 2016 yang akan berlansung pada 27 Februari 2016 ini.

Untuk pengetahuan ibubapa dan penjaga anak-anak didik kami di SRAR Sungai Rokam, mengadakan program sebegini adalah sebagai salah satu usaha dari para tenaga pengajar dan pentadbiran SRAR Sungai Rokam dalam membantu anak-anak didik kami untuk lebih bersemangat dan bersedia untuk menghadapi ujian peperiksaan yang bakal diduduki.

Mungkin segelintir ada yang berpendapat, program yang diadakan ini tidak penting, membuang masa dan wang ringgit. Sepertimana yang dimaklumkan, mengadakan program seperti ini adalah antara usaha kami di pihak SRAR Sungai Rokam untuk anak-anak didik kami selain dari sesi PdP yang sedia ada.

Buat pengetahuan ibubapa dan penjaga juga, kami di pihak SRAR Sungai Rokam juga mengambil berat mengenai penglibatan anak-anak didik kami dalam program yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan seperti kelas tambahan UPSR, latihan-latihan sukan dan program-program yang diadakan.

Malah kami di SRAR Sungai Rokam juga sentiasa berkerjasama dengan Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam dalam menyusun program-program yang diadakan di sekolah masing-masing. Begitu juga dalam memberikan beberapa kelonggaran kepada anak-anak didik yang terpaksa hadir lewat atau pulang lebih awal untuk mengikuti program yang diadakan di sekolah masing-masing.

Dalam usaha untuk memperkasakan anak-anak didik mencapai kecemerlangan, inilah sebahagian usaha kami di SRAR Sungai Rokam mudah-mudahan Allah merahmati dan memberkati segala yang kita semua lakukan demi kebaikan agama dan ummah.



Previous
Next Post »