JADUAL UPKK 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dapat lagi kita semua mengecapi segala nikmat pemberian ALLAH dimuka bumi ini. 

Walaupun kita semua mungkin sedang berdebar-debar menantikan tarikh 15 Februari 2017 bagi mengetahui keputusan UPKK 2016 yang boleh diakses melalui laman sesawang http://semakan.islam.gov.my bermula selepas jam 11 pagi pada tarikh tersebut, bagi calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan UPKK 2017 pula sudah boleh mula bersedia bagi menghadapi peperiksaan yang akan dijalankan tahun ini.

Berikut adalah jadual yang telah disediakan oleh pihak Bahagian Kemajuan Islam-JAKIM bagi rujukan calon-calon yang bakal menduduki UPKK 2017.

1 FEBRUARI 2017 HINGGA 30 OGOS 2017

UJIAN AMALI SOLAT & PENGHAYATAN CARA HIDUP ISLAM

18 SEPTEMBER 2017 HINGGA 29 SEPTEMBER 2017

UJIAN LISAN TADARUS & TILAWAH AL-QURAN
UJIAN LISAN HAFAZAN & TAFSIR AL-QURAN

2 OKTOBER 2017

UJIAN BERTULIS MATAPELAJARAN ULUM SYARIAH

3 OKTOBER 2017

UJIAN BERTULIS MATAPELAJARAN ADAB (AKHLAK ISLAMIAH)
UJIAN BERTULIS MATAPELAJARAN PELAJARAN JAWI & PENULISAN KHAT

4 OKTOBER 2017

UJIAN BERTULIS MATAPELAJARAN SIRAH

5 OKTOBER 2017

UJIAN BERTULIS MATAPELAJARAN LUGHATUL QURAN (BAHASA ARAB)

Sedikit info untuk dikongsikan, bermula dari tahun 2017, peperiksaan UPKK akan bermula pada jam 2.30 petang sepanjang tempoh ujian bertulis peperiksaan dijalankan serentak di seluruh negara.



Previous
Next Post »