SELAMAT DATANG 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang mengunjungi laman web SRAR Sungai Rokam. Sebulan sudah berlalu sesi persekolahan 2017 yang bermula sejak 3 Januari yang lepas. Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada ibubapa / penjaga yang memilih SRAR Sungai Rokam sebagai salah satu tempat untuk anak-anak menimba ilmu. 

Tahun 2017 ini juga terdapat beberapa perubahan dan penambahan bagi kebaikan semua. Bermula dari tahun 2017, pihak SRAR Sungai Rokam mula memperkenalkan sistem kad yuran bagi memudahkan ibubapa / penjaga untuk menyemak bayaran-bayaran yuran yang telah dibayar dan baki yang perlu dijelaskan. 


Selain dari itu, bermula dari tahun 2017 juga pihak SRAR Sungai Rokam mewajibkan setiap pelajar yang berdaftar untuk dicarumkan ke dalam perlindungan takaful berkelompok di mana ianya akan meliputi perlindungan dari sebarang kemalangan selama tempoh satu tahun.

SRAR Sungai Rokam juga telah menerima penambahan dua orang tenaga pengajar lelaki yang baru untuk menampung tugasan mengajar anak-anak didik di SRAR Sungai Rokam.

Semoga perubahan dan penambahan ini akan memberikan manfaat kepada semua. Sebarang maklumbalas atau cadangan dari pihak ibubapa / penjaga amat dialu-alukan.




Previous
Next Post »