SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2016

-MAKLUMAN-

Kepada semua calon, ibubapa / penjaga calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2016, keputusan ujian tersebut kini boleh dicapai melalui semakan secara dalam talian di laman sesawang atau melalui perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) yang telah disediakan oleh pihak Bahagian Kemajuan Islam-JAKIM.


Semakan keputusan boleh dilakukan mulai 15 Februari 2017 selepas jam 11 pagi hingga 21 Februari 2017. 

Calon atau ibubapa / penjaga calon hanya perlu mengakses laman sesawang http://semakan.islam.gov.my dan memasukkan nombor MYKID calon bagi semakan keputusan UPKK 2016.

Atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS), calon atau ibubapa / penjaga canya perlu taip UPKK <jarak> RESULT <jarak> NO MYKAD CALON dan hantar ke 15888

Bagi semakan melalui sistem pesanan ringkas (SMS), sebanyak RM0.15 akan dicas bagi penghantaran dan RM0.20 dicas bagi penerimaan. Kelewatan penerimaan balasan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) mungkin akan berlaku berikutan trafik semakan yang tinggi.

(p/s : untuk calon dari SRAR Sungai Rokam, sila gunakan nombor MYKID)

Pihak SRAR Sungai Rokam mendoakan agar kejayaan mengiringi semua calon-calon terlibat.



Previous
Next Post »