Program Motivasi UPKK & SRAI 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 10 Mei 2017 yang lalu, pihak SRAR Sungai Rokam telah berjaya mengadakan satu program motivasi untuk pelajar-pelajar tahun 5 dan 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPKK & SRAI bagi tahun 2017.

Ianya sebagai salah satu usaha dari pihak SRAR Sungai Rokam bagi mempersiapkan dan menaikkan semangat calon-calon yang bakal mengharumkan nama SRAR Sungai Rokam dan membanggakan keluarga mereka sendiri dengan mendapat pencapaian yang cemerlang, insyaAllah.

Program yang berlansung bermula dari jam 8 pagi dan berakhir pada jam 1 petang itu mendapat sambutan yang amat memberansangkan dari anak-anak didik SRAR Sungai Rokam. Walaupun kesuntukan masa, anak-anak didik ini masih setia menunggu sehingga berakhir program yang diadakan.

Bagi program yang diadakan pada tahun ini, pihak SRAR Sungai Rokam telah menjemput Ustaz Hafizul dari Bahagian Pendidikan JAIPk dan Ustazah Noorhasliza dari pejabat Penyelia KAFA Daerah Batu Gajah sebagai fasilitator.

Pelbagai aktiviti menarik selain dari semakan soalan-soalan UPKK & SRAI telah diadakan pada hari tersebut. Mudah-mudahan dengan program yang diadakan ini dapat menyuntik semangat dan menaikkan potensi diri anak-anak didik yang bakal menduduki peperiksaan UPKK & SRAI 2017 nanti.











Previous
Next Post »