Majlis Silaturrahim & Jamuan Aidil Fitri 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah pada 8 Julai 2017 yang lalu, warga SRAR Sungai Rokam telah berjaya melaksanakan program Silaturrahim & Jamuan Aidil Fitri untuk kali yang kedua setelah mula diadakan secara besar-besaran bermula tahun lepas.

Alhamdulillah dengan persiapan yang sederhana, dan dalam masa yang agak singkat, perancangan yang diadakan secara mengejut berjaya juga dijalankan. Terima kasih kepada semua ibubapa dan penjaga yang memberikan sumbangan bagi menjayakan program ini.

Kehadiran anak-anak didik SRAR Sungai Rokam bersama-sama ibubapa, penjaga dan keluarga juga agak memberansangkan. InsyaAllah majlis seperti ini akan diteruskan sebagai satu tradisi untuk SRAR Sungai Rokam sebagai salah satu wadah untuk merapatkan silaturrahim diantara warga kerja SRAR Sungai Rokam dan ibubapa serta penjaga anak-anak didik SRAR Sungai Rokam.

Sekali lagi pihak SRAR Sungai Rokam ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini. 







Previous
Next Post »